Pages

Saturday 15 May 2010

TEMOSA / KARIPAP

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya seperti daging, ayam dan sardin. Ubi kentang sering digunakan sebagai bahan utama inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa. Temosa atau karipap ikan dibuat sama seperti karipap lain, tetapi ia mempunyai inti yang diperbuat daripada sambal ikan. Rasanya lebih lemak dan tidak pedas.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.
Kuih karipap juga merupakan kuih lazim yang selalu disediakan dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta. Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi menjadi lebih ceria.

Jenis karipap yang ada dijual di kedai kami adalah seperti berikut:

• Karipap Kari Ayam.
• Karipap Kari Daging.
• Karipap Kentang.
• Karipap Keledek Udang Kering.
• Karipap Sardin.
• Karipap Samarinda Ayam Lada Hitam.