Pages

Saturday 15 May 2010

TEMOSA / KARIPAP

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya seperti daging, ayam dan sardin. Ubi kentang sering digunakan sebagai bahan utama inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa. Temosa atau karipap ikan dibuat sama seperti karipap lain, tetapi ia mempunyai inti yang diperbuat daripada sambal ikan. Rasanya lebih lemak dan tidak pedas.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.
Kuih karipap juga merupakan kuih lazim yang selalu disediakan dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta. Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi menjadi lebih ceria.

Jenis karipap yang ada dijual di kedai kami adalah seperti berikut:

• Karipap Kari Ayam.
• Karipap Kari Daging.
• Karipap Kentang.
• Karipap Keledek Udang Kering.
• Karipap Sardin.
• Karipap Samarinda Ayam Lada Hitam.

CHEK MEK MOLEK

Kuih Chek Mek Molek merupakan sejenis kuih tradisional Melayu dari Pantai timur yang lazat dan enak rasanya. Ia diperbuat daripada keledek manis yang direbus dan dilenyek dengan adunan yang lain bagi menambah rasa dan struktur adunan . Adunan keledek ini diisi dengan gula bagi menambah rasa manisnya sebelum digoreng hingga kuning keemasan. Kudapan ini mudah disediakan dan biasa dihidangkan semasa sarapan pagi dan minum petang.

Tuesday 11 May 2010

SAMOSA

Samosa merupakan sejenis kuih yang rangup dan sedap dimakan panas. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada kulit popia atau kulit doh tepung, digoreng,. Samosa terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum yang dicanai nipis yang dikenali sebagai kulit popia. Kini, kulit popia boleh dibeli dikebanyakan kedai dan pasaraya. Bahagian isi pula terdiri daripada kentang dan isi ayam atau daging yang telah dimasak dengan resepi tersendiri.

Kuahnya pula dibuat berbentuk kuah/sos mengandungi lada kering. Selain menggunakan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan untuk ramuan kuah/sos bagi menghasilkan rasa yang lebih enak dan sedap. Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati samosa iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam samosa ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam samosa sebelum digoreng.

Jenis Samosa yang boleh didapati di kedai kami adalah seperti berikut:-

• Samosa Samarinda Ayam Lada Hitam.

LOMPANG

Kuih Lompang adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada adunan tepung beras dan dimakan bersama kelapa manis. Ianya enak dan lembut. Kuih Lompang yang cantik mempunyai lekuk dibahagian tengah seperti lesung pipit. Adunan tepung ini diwarnakan dengan pelbagai warna mengikut suka sebelum dikukus sampai masak. Sungguh enak dimakan sewaktu masih panas dengan ditabur dengan kelapa putih diatasnya.

KACANG RENGAS KASTURI

Kuih Kacang Rengas Kasturi merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang lazat dan enak rasanya. Orang bahagian Selatan Tanah Melayu memanggilnya kuih Rendang kasturi manakala dibahagian Utara pula dikenali sebagai kuih Kasturi. Ia diperbuat daripada kacang hijau yang direbus hingga lembut dan digaul dengan adunan yang lain seperti kelapa parut bagi menambah rasa dan struktur adunan. Adunan Kuih Kacang Rengas Kasturi ini dibentukkan bulat dan leper sebelum dicelup dalam adunan tepung sebelum digoreng hingga kuning keemasan.

KUIH KOCI

Kuih Koci adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada adunan tepung bersama pisang, ubi keledek, ubi kayu atau tepung pulut berintikan kelapa manis atau santan. Ianya berbeza dari kuih Lepat dari segi rasanyayg lebih enak dan lembut. Adunan luarnya terdiri daripada pelbagai adunan dimasukkan inti dibahagian tengahnya kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dikukus sampai masak. Sungguh enak dimakan sewaktu masih panas.

Jenis Kuih Koci yang boleh didapati di kedai kami adalah seperti berikut:-
• Koci Pulut Hitam.
• Koci Pulut Putih.
• Koci Ubi Kayu.
• Koci Ubi Keledek.
• Koci Pisang.
• Koci Labu Kuning.
• Koci Tepung Beras.

LEPAT

Kuih lepat adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada adunan tepung bersama pisang, ubi keledek, ubi kayu atau tepung pulut berintikan kelapa manis atau santan. Adunan luarnya terdiri daripada pelbagai adunan dimasukkan inti dibahagian tengahnya kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dikukus sampai masak. Ada sebahagian lepat ini tidak mempunyai inti ditengahnya tapi mencampurkan kelapa tersebut di dalam adunan. Sungguh enak imakan sewaktu masih panas.

Jenis Lepat yang boleh didapati di kedai kami adalah seperti berikut:-
• Lepat Ubi Kayu.
• Lepat Ubi Keledek.
• Lepat Pisang.
• Lepat Labu Kuning.
• Lepat Tepung Beras.

CUCUR BADAK

Kuih cucur badak merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang lazat rasanya. Ia diperbuat daripada keledek manis yang direbus dan dilenyek dengan adunan yang lain bagi menambah rasa dan struktur adunan . Adunan keledek ini diisi dengan serunding kelapa bagi menambah rasa pedasnya sebelum digoreng hingga kuning keemasan. Pada kebiasaannya cucur badak ini diletakkan seekor udang diatasnya tetapi perkara itu sudah jarang dilakukan bagi menjimatkan kos

OTAK-OTAK

Otak-otak adalah isi ikan berempah di Malaysia. Ia terdapat di Terengganu, Pahang, Johor dan juga di Indonesia, terutamanya di Sulawesi, dan Singapura di mana ia dipanggil sebagai otah-otah, otah atau otak. Ia kebiasaannya di makan sebagai makanan ringan.

Otak-otak dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan. Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa atau daun nipah dan dibakar atau dikukus. Sekiranya dibungkus dalam daun pisang, ia dikenali sebagai pais. Otak-otak juga boleh dibungkus dengan kulit popia.

Sungguhpun otak-otak ikan paling biasa, terdapat juga otak-otak yang diperbuat daripada udang, menghasilkan tekstur yang lebih pelbagai. Di Muar, terdapat juga otak-otak dari sotong, kepala ikan dan juga ayam.

Terdapat pelbagai jenis otak-otak yang terdapat di daerah berlainan. Otak-otak nyonya, berasal dari Peranakan, terdapat di negeri utara Malaysia, Pulau Pinang, dikukus dalam daun pandan. Bagaimanapun, otak-otak di sebelah pantai timur dan selatan Semenanjung Tanah Melayu dan di Singapura di balut sebagai kepingan kecil dalam daun kelapa atau pisang dan dipanggang (versi Singapura biasanya dipanggang dalam daun pandan). Ia menghasilkan otak-otak yang lebih kuning bata, lebih kering dengan bau asap ikan. Variti otak-otak berlainan wujud, termasuk versi berwarna putih, tanpa berempah.

Sungguhpun secara tradisi otak-otak dihasilkan menggunakan isi ikan, versi moden turut menggunakan isi ketam dan udang. Selain itu, versi moden turut menggunakan isi ikan yang dihancurkan dan dicampur dengan bahan tambahan seperti tepong kanji yang menjadikan isinya bergetah. Jenis lain otak-otak termasuk hidangan yang dikenali sebagai pais ikan dan sata yang dihasilkan dari pasta ikan yang dimasak dalam bungkusan daun pisang.

APAM PELANGI

Apam secara umumnya merujuk kepada makanan yang gebu yang dibuat dari tepung beras atau tepung gandum dan adun dengan ragi bagi menjadikan lebih lembut. Terdapat beberapa jenis kuih yang digelar apam. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk, rupa dan rasa. Antara jenis-jenis kuih apam adalah seperti Apam Berkuah, Apam Tepung Beras Pelangi, Apam Malaysia dan Apam Balik.

Jenis Apam yang boleh didapati di kedai kami adalah seperti berikut:

• Apam Tepung Beras Pelangi.

POPIA

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada Popia Basah (mentah), digoreng, disira, dan terdapat juga Popia Mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum yang dicanai nipis. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya. Bahagian isi pula terdiri daripada sayur-sayuran seperti timun, taugeh dan sengkuang yang dihiris-hiris. Kuahnya pula dibuat berbentuk kuah/sos mengandungi lada kering dan kacang tanah yang dikisar.

Selain menggunakan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan untuk ramuan kuah/sos bagi menghasilkan rasa yang lebih enak dan sedap. Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam Popia ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam Popia sebelum digoreng.

Jenis Popia yang boleh didapati di kedai kami adalah seperti berikut:-
• Popia Sayur.
• Popia Sardine.
• Popia Kari Ayam.
• Popia Kari Daging.

PULUT PANGGANG

Pulut Panggang adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada pulut berintikan serunding kelapa. Kuih ini biasanya dipanggang di atas api. Serunding kelapa diperbuat adunan daripada bawang, lada kering dan kelapa. Adunan ini dimasak sehingga masak dan disumbat sebagai inti dalam pulut berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak.
Terdapat juga sejenis kuih yang seumpama dengannya, tetapi menggunakan inti ikan. Ini dikenali sebagi Pulut Lepa.

Jenis Pulut Panggang yang ada dijual di kedai kami adalah seperti berikut:
• Pulut Panggang Serunding Kelapa Klasik.

DONUT

Donut merupakan satu makanan berbentuk bulat yang hasilnya dari doh. Kebanyakkan donut boleh didapati dalam pelbagai jenis, antara yang biasa dilihat ialah donut seperti gelang atau cincin yang ditabur dengan gula halus atau dicelup dengan pelbagai perasa seperti chokolat, strawberry dan sebagainya, dan donut yang berinti yang dimasukkan kastard, krim atau jem, serta lain-lain manisan berbentuk cecair dan krim.

Kebiasaannya waktu pemakanan dan penyedian kuih ini sering dilakukan pada waktu sarapan pagi dan minum petang. Kuih ini lebih bercirikan snek dan manisan. Diantara penggunaan bahan asas utama donut adalahtepung donut dan ibu roti atau yis.

Jenis Donut yang ada dijual di kedai kami adalah seperti berikut:
• Donut Klasik.

PAU

Pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dengan inti dari pelbagai rasa seperti kacang Kacang Hitam Kacang Merah Kari Ayam, kari DagingKaya Pandan, Kelapa didalamnya. Kuih ini merupakan makanan asal kaum Cina. Walau bagaimana pun kuih ini telah merebak kepada semua kaum di Malaysia dan tidak didominasikan oleh satu kaum saja.
Biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. Di Malaysia, pau biasanya dihidangkan panas-panas oleh semua kaum.
Jenis pau yang boleh didapati di kedai kami adalah seperti berikut:-
• Pau Kacang Merah.
• Pau Kaya.
• Pau Kelapa Pulut.
• Pau Kari Ayam.
• Pau Kari Daging.
• Pau Sambal Ikan Bilis (tempahan)